Khamis, 3 Oktober 2013

Pemandu Terbaik



Rahim memandu kereta dan tiba-tiba seorang polis 
menahannya. Rahim menurunkan tingkap kereta nya dan 
bertanya kepada polis tersebut.

Rahim : Ye Encik, ade ape masalah??

Polis : Erm..takde pape, saya telah memerhatikan cara 
pemanduan encik. Hari ini adalah hari bertuah encik 
kerana saya ingin memberikan encik wang tunai sebanyak 

RM5,000 kerana dianugerah pemandu terbaik. Tahniah!erm 
encik akan buat ape dengan wang ini nanti?

Rahim berfikir sejenak lalu die pun berkata

Rahim : Erm saye rase saya nak gune duit ni untuk wat 
lesen kereta lah.

Mahmud yang duduk disebelahnya menyampuk percakapan si 
Rahim.

Mahmud : Oo..encik polis jangan dengar ape yang die 
kate. Die nie bengong sikit kalau dah mabuk todi.

Si Leman yang duduk di belakang pula menjerit dalam 
kekecewaan.

Leman : Aku dah cakap, kita takkan terlepas dengan kete 
curi nih!!

Seketika itu, kedengaran pulak dari bonet belakang 
kereta di ketuk dan terdengar seseorang berkata Pak!! 
Pak!! udah sampe ke belom? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan