Khamis, 3 Oktober 2013

Mengandung


Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang 
wanita muda yang sedang mengandung. Lalu dengan sopan 
dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang duduk di 
sebuah kerusi. “Encik, bolehkan bagi saya duduk? Saya 
berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni..”. Lelaki tu 
pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut.

Kemudian lelaki itu pun mengeluar rokok lalu menghisap 
rokok, lalu wanita itu berkata, “Encik, boleh ke encik 
berhenti merokok. Saya tak apa, tapi budak di dalam 
ni..”. Lelaki itu pun dgn tersipu2 membuang putung rokok 
tersebut. Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada 
wanita itu. Dah lah aku terpaksa beri tempat duduk aku, 
ni dia boleh tegur aku yang sedang merokok.

Macam mana aku nak pekena dia pula? Tiba2 angin bertiup, 
dan terselaklah kain wanita itu, dan nampaklah pangkal 
pahanya yang putih melepak, maka dgn spotan lelaki itu 
berkata “Cik puan, boleh tak cik puan tutup kain cik 
puan. Saya tak apa, tetapi budak di dalam (seluar) ni 
tak boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan