Khamis, 3 Oktober 2013

Pak Mat


Suatu hari, pak mat pegi keluar ke bandar bersama 
isterinya, mak minah. Perjalanan mereka mengambil masa 
yang cukup lama menaiki sampan oleh kerana kampung 
mereka terletak agak jauh di pedalaman.

Setelah sampai di sebuah pusat membeli-belah, pak mat 
ternampak sebuah cermin kecil sebesar tapak tangan. oleh 
kerana dia tidak pernah melihatnya, dia pun membelinya 
tanpa pengetahuan mak minah. Sampai je di rumah, dia pun 
termenung melihat cermin tersebut setiap hari lalu 
menyebut 'macam..bapak aku muda dulu-dulu.

Mak minah berasa pelik dengan sikap pak mat yang selalu 
memegang cermin tersebut, lalu mak minah curi-curi 
mengambil cermin tersebut sewaktu pak mat pergi ke 
surau. Mak minah yang tak pernah menggunakan cermin pun 
berkata "perempuan macam ni yang laki aku minat"? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan