Khamis, 3 Oktober 2013

Kerusi


Dalam satu kempen perancangan keluarga disalah satu 
kawasan pendalaman, pegawai yang terlatih telah 
ditugaskan untuk berbincang dengan penduduk disitu 
tentang cara yang mereka gunakan untuk menjarakkan 
atau mencegah kehamilan mereka. Pegawai tersebut cuba 
bertanyakan soalan kepada setiap ibu-ibu yang hadir.

Pegawai : Puan Lijah gunakan apa ?
Puan Lijah : Saya menggunakan teknologi IUD.
Pegawai : Bagus tu, teknologi terkini. Puan Peah pula?
Puan Peah : Pakai susuk.
Pegawai :Ermmmm... Cara turun temurun. Puan Limah pula?

Puan Limah :Saya cuma makan pil sahaja
Pegawai : Ok. Puan Melah?
Puan Melah : Gunakan suntikan.
Pegawai :Ok, Puan Bedah?
Puan Bedah : Gunakan Kerusi ! !
Pegawai : Maafkan saya, Puan Bedah gunakan apa ?
Puan Bedah : Guna KERUSI ! ! !
Pegawai : Bagaimanakah caranya, saya belum pernah dengar lagi?
Puan Bedah : Suami saya suka lakukan hubungan kelamin 
sambil berdiri. Oleh kerana dia lebih pendek dari 
saya, maka dia mesti memanjat dan berdiri diatas 
kerusi. Ketika suami saya sudah berdehem-dehem dan 
merenggus untuk injuksi, saya tendang saje kerusinya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan