Khamis, 3 Oktober 2013

Katak


Seorang saintis ingin membuat kajian tentang seekor 
katak,dia pun mengambil seekor katak dan menguji 
lompatan katak tersebut, ujikaji pertama dijalankan 
oleh saintis tersebut, saintis itu meletakkan katak 
dan menyebut "LOMPAT!" kemudian katak itu melompat 4 
kaki jauh.

Saintis itu menulis dalam buku ujikaji nye :katak 4 
kaki,lompat 4 kaki jauh. Kemudian saintis memotong 2 
kaki katak dan menyebut "LOMPAT!" Katak melompat 2 
kaki jauh.Kemudian dia menulis :katak 2 kaki,lompat 2 
kaki jauh.

Kemudian saintis memotong lagi 2 kaki katak dan dia 
menyebut "LOMPAT!" Katak tidak melompat, kemudian dia 
menyuruh lagi katak tersebut lompat tetapi katak 
tidak melompat, dan dia pun menulis dalam buku 
ujikaji nye :katak tak ada kaki, mengalami masalah 
pendengaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan