Khamis, 3 Oktober 2013

Lesen


Sepasang suami isteri yang agak veteren sedang dalam 
perjalanan. Isterinya memandu kereta sedang mereka 
melalui sebuah highway. Mereka di tahan polis. 
Ikuti perbualan mereka bersama dengan polis tersebut.

Polis : Puan... Puan tahukah... bahawe Puan memandu 
melebihi had kelajuan.

Si isteri memandang ke arah suaminya lalu berkata.

Isteri : Bang....polis tu cakap ape?

Si suami sudah masak dengan masalah yang menimpa si 
isteri. Isterinya mengalami kekurangan 
pendengaran. Maka terpakse la si suami menjerit kepada 

si isteri.

Suami : Dia cakap kamu bawak kete laju sangat!!!

Polis : Puan mintak lesen memandu.

Si isteri sekali lagi memandang suaminya.

Isteri : Dia kata ape bang.

Sekali lagi si suami menjerit.

Suami : DIA MINTAK LESEN KAMU!!!

Si isteri memberikan lesen memandunya kepada polis 
tersebut. Lalu polis itu berkata.

Polis: Ooo..kamu dari Parit Besar, Johor [bukan nama 
tempat sebenar]. Saya dulu-dulu mase muda-muda dekat situ, 
saye penah blind date dengan sorang minah paling 
huduh sekali yang pernah saya nampak.

Sekali lagi si isteri memandang kepada si suaminya.

Isteri : Apebende die kate bang.

Dan si suami menjerit berkata.

Suami : DIA KENAL KAMU!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan