Khamis, 3 Oktober 2013

Kaki


Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti 
Tempatan, sedang berlangsung ujian berkaitan 
serangga. Ujian kali ini sungguh susah. Mahasiswa mesti 
mampu menentukan jenis dan nama serangga dari 
potongan-potongan kaki yang diberikan oleh 
Pensyarah. Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorang 
pun pun yang boleh menjawab soalan ujian.

Seorang mahasiswa yang amat kecewa memutuskan untuk 
keluar dari dewan Ujian, dia menghempas daun pintu 
dengan kuat. Dummmm!!!! Melihat keadaan itu, pensyarah 
didalam dewan marah dengan berkata. Hey! suka hati mak 
bapak hang je hempas pintu tu ye? Siapa nama kau!!! 
Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera 
menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata: "Nie kaki 
saya, Cuba encik teka!! siapa nama saya?"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan