Khamis, 3 Oktober 2013

Patung


Bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni 
jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. Jadi ..korang 
faham-fahamlah apa yang diorang buat kat rumah si isteri 
tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal 
dari kerja hari tu.

Maka, kelam-kalbutlah si isteri dengan boyfriend dia tu 
bersurai. Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah 
tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang. Si suami 
jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri 
berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil 
dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan 
boyfriendnya.

Setelah itu, diletakkan pula bedak badan pada badan 
boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu 
kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri 
di salah satu sudut rumah dan mengfrezekan dirinya 
supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat 
yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada 

suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu.

Si suami tercegat seketika apabila ternampak patung itu 
lalu bertanya kepada isterinya,aik??!! ..dari mana pulak 
datangnya patung nih??oooo .. patung tuuu. Patung ni 
saya order dari katalog mak cik sebelah.Baru je sampai 
tadi. jawab si isteri selamba.ooooooo ..begitu. balas si 
suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si 
suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. 
Kelihatan patung tu masih berada dalam keadaan asalnya 
tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si 
suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey 
menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu 
berdiri betul-betul dihadapan patung itu lalu berkata, 
nah .makanlah.. Si patung berasa amat terkejut dan takut 
kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan 
selamba, si suami berkata, aik??!!! tak nak??? orang dah 
bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la ..Tak macam 
awak dulu!! tiga hari tiga malam saya jadi patung kat 
rumah awak, jangankan makanan. segelas air pun awak tak 
bagi!!!!!! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan