Khamis, 20 Julai 2017

Tentang Sedekah

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan ia tahu bahawa sedekahnya itu mencapai Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan di dalam pemberiannya daripada mengambil.

Adakah kamu tahu antara kebaikkan2 sedekah itu?

Sila ambil perhatian kepada points number 17 hingga 19

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT.

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia di antara semua perbuatan kebaikkan dan sedekah yang paling baik adalah memberi makan kepada orang.

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan In Shaa Allah membantu anda dari masuk ke api neraka jahanam.

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur.

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut.

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikkan.

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat di hadapan Allah SWT.

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda.

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat.

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia di dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikkan kepada anda.

11. Orang2 yang memberi sedekah adalah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat di dalam melakukan kebaikkan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Shaa Allah.

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat.

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati.

15. Sedekah mampu melepaskan anda dari kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT...In Shaa Allah.

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan di tutup 70 pintu kecelakaan di dunia.

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup.

18. Sedekah adalah ubat.

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas.

20. Sedekah adalah ganjaran yang baik meski pun anda memberi kepada binatang2 atau burung2.

dan yang terakhir sekali...

Sedekah yang paling baik adalah jika anda memberikan mesej yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah...
😬😀😁👌👌👌

Tiada ulasan:

Catat Ulasan