Khamis, 20 Julai 2017

PETUA IMAM SYAFIE

*Empat perkara menguatkan badan*
_1. makan daging_
_2. memakai haruman_
_3. kerap mandi_
_4. berpakaian dari kapas_

*Empat perkara melemahkan badan*
_1. banyak berkelamin (bersetubuh)_
_2. selalu cemas_
_3. banyak minum air ketika makan_
_4. banyak makan bahan yg masam_

*Empat perkara menajamkan mata*
_1. duduk mengadap kiblat_
_2. bercelak sebelum tidur_
_3. memandang yg hijau_
_4. berpakaian bersih_

*Empat perkara merosakan mata*
_1. memandang najis_
_2. melihat org dibunuh_
_3. melihat kemaluan_
_4. membelakangi kiblat_

*Empat perkara menajamkan fikiran*
_1. tidak banyak berbual kosong_
_2. rajin bersugi (gosok gigi)_
_3. bercakap dgn org soleh_
_4. bergaul dgn para ulama_

*4 CARA TIDUR*

*1. TIDUR PARA NABI*
_Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi._

*2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH*
_Mengiring ke sebelah kanan utk memudahkan terjaga utk solat malam._

*3. TIDUR PARA RAJA YG HALOBA*
_Miring ke sebelah kiri utk mencernakan mBERAMAL
yg banyak dimakan._

*4. TIDUR SYAITAN*
_Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka._

*Doa dan zikir itulah kekuatan seorg muslim*

_1. Org yg tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah org lain._
    - USTAZ AZHAR IDRUS..

_2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya._
          - Ustaz Kazim Elias..

_3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat..._ _Insyallah bahagia..."_
- Ustaz Don Daniyal..

_4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda._
- Datuk Ismail Kamus

_5.Kalau kita sakit jangan takut utk solat, at least kalau mati, mati dalam solat_
- ustaz haslin baharin.

_6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 34, doa kemudian baru bangun”_
- Al-Habib Ali Zainal.

_7. Kalau org yg solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi org yg meninggalkannya._
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..

_8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dgn hambaNya"_
- Sheikh Abdullah Jahaf.

_9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorg._
-Ustaz Dasuki Rani.

_10. Jangan cakap: "Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka! "Tapi cakap: "Jom solat, Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya. InsyaAllah_
- TG Harun Din"..

_11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah._
-Ustaz Pahrol...

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada org yg mengamalkan, maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
SELAMAT BERAMAL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan