Rabu, 19 Oktober 2016

TERINGAT PADA BAGINDA MUHAMMAD S.A.W

Bila aku tak suka pada rasa makananku aku teringat pada baginda Muhammad ο·Ί yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit aku teringat pada baginda Muhammad ο·Ίyang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku aku teringat pada baginda Muhammad ο·Ί yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain .. aku teringat pada baginda Muhammad ο·Ί yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda Muhammad ο·Ί yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Bila aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda Muhammad ο·Ί yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda Muhammad ο·Ί yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda Muhammad ο·Ί yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda Muhammad ο·Ί yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku.. aku teringat pada Baginda Muhammad ο·Ί yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah
ο·ΊπŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah
 Muhammad s.a.w
Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨ’Ω„ Ω…Ψ­Ω…Ψ―

πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 

# sungguh indah nukilan ini...
  Sebak bila membacanya...😒

Tiada ulasan:

Catat Ulasan