Orang kita,
-Bila dapat kerja (kerajaan) beli kereta baru (honda) walaupun gaji sekadar 2500 saja kasar.
Orang Cina,
-Jual buah-buahan dan sayuran, pendapatan purata $80 sehari x 30 hari =$2400 sebulan, hanya beli basikal yang boleh angkut bakul buah & sayuran. Menyimpan utk pelaburan masa depan.
Orang kita,
-Bila layak buat pinjaman $200,000.00 maka pinjam alang2 bagi penuh, bila gaji dipotong hanya tinggal 30-40% saja gaji bersih.
Belum ditolak bayaran bulanan kereta,bil2 setempat dan sebagainya.
Orang cina,
-Bila di beri peluang dapat pinjaman $200,000.00 ?
I. Besarkan pernigaan
II.Perbanyakkan dan komersilkan produk jualan mereka.
III.melabur dalam hartanah.
Malangnya,jarang Orang Cina kita dengar dapat pinjaman TEKUN,MARA,Agro dsb dari Kerajaan atau Institusi kewangan tajaan kerajaan. Tapi mereka boleh berdikari tanpa itu semua.
Orang kita,
-Bila kahwin dapat suami atau isteri yang gaji tetap. Maka cadang beli rumah baru,tapi nafsu tinggi gaji suami + isteri adalah sekitar $7000 sebulan kasar.
Ganding nama dan beli rumah teres mewah atau semi-D harga dalam $380,000.00-$650,000.00 kononnya ikut "trend" kawan2. Pinjaman dengan bank 25-30 tahun. Deposit rumah guna wang EPF atau Personal Loan.
Bila dah 1 tahun duduk rumah,nak ubah suai..(terfikir nak buat loan lagi) sebab rumah masih "standard".
Akhirnya, sepanjang masa mengeluh Gaji tak cukup,gaji tak naik, kos sara hidup tinggi dan pelbagai lagi lepas tu (Salahkan Kerajaan atau pemimpin sebab tidak tolong).
Orang Cina,
-Bila kahwin,suami Isteri bantu membantu berniaga,si isteri bungkus sayur dan buah si suami ikat dan potong kemas sayur2 tersebut.
Menyimpan selama dalam pelaburan dalam 20 tahun,setelah itu mereka jadi jutawan dengan simpanan mencecah jutaan ringgit. Baru terfikir beli rumah atau tanah untuk bina rumah baru.
Orang kita,
-Suka menyalahkan orang lain bila diri sendiri susah. Tak mahu belajar berniaga, kononnya malu sebab dah dapat kerja tetap. Bila kawan mula berniaga kecil kecilan diperendah rendahkan,sedangkan baki gaji dah nak 80% kena pakai untuk bayar hutang itu ini tapi pakaian "cover" jer lebih.
Orang Cina,
-walaupun bangsa mereka buka restoran di puncak bukit,tetap ada bangsa mereka "support". Kalau orang melayu yang buka restoran di puncak bukit,orang kita akan cakap...gila lah si mamat ni buka kedai di atas bukit,siapa nak pergi? Jin kot.
Oleh sebab itu,
Orang Cina berjaya dalam perniagaan,orang kita ada juga yang berjaya dalam perniagaan tetapi jumlahnya amat sedikit.
Orang kita hanya suka terima Pencen bila tua. Bila dah pencen baru nak belajar berniaga? Kasihan........ Masa muda2 suka perendahkan orang,bila dah tua,baik rehat dan beramal ibadah. Sebab bila dah tua,muka dah tak laku,ni lagi nak berniaga?
Pesanan,berniagalah selagi peluang masih ada.
Billionaire Bill Gates - Sekolah tak habis,pernah dibuang sekolah kerana mencipta software,skrg Microsftnyg diguna seluruh dunia adalah hasil ciptaannya.
Billionaire Tan Sri Syed Mohktar - Sekolah setakat tingkatan 5 saja,anda semua kenal siapa dia. (jangan berlagak dengan Ijazah korang tu)
Ramai lagi kalau hendak di sebut..tetapi,anda diri anda, boleh tak anda cabar diri anda untuk mempunyai wang sebanyak $1 juta dari sekarang? (ingat bukan dengan rasuah atau derma dari sesiapa).
Boleh tak dengan gaji sekarang akan mampu untuk anda mempunyai $1 juta? ๐๐๐๐
Berubahlah selagi mampu.
"Allah tidak akan mengubah nasib sesorang itu atau kaum itu jika mereka sendiri tidak mahu mengubahnya".
9 dari 10 punca rezeki datang daripada Perniagaan.
Pesanan untuk kita semua,belajar berniagalah mulai hari ini. Belajar dengan peniaga,bukan dengan orang makan gaji yang tiada perniagaan langsung.
Selamat berubah.๐
Perkongsian minda oleh Usahawan H.R
Tiada ulasan:
Catat Ulasan