Khamis, 19 September 2019

Punca soalan : Kenapa Orang Asli susah sangat nak betul betul jadi Islam?

Kata kata jujur luahan perasaan Orang Asli yang membuatkan hati kami pedih dan malu ketika lepak santai santai dengan mereka petang tadi. Demi Allah kami malu.

👉 Orang Melayu masuk kampung kami hanya ketika musim durian dan petai. Lepas tu letak harga ikut suka. Orang Kristian masuk ambil berat dan diorang bayar apa yang diorang makan. Orang Melayu nak murah sahaja. Kadang kadang ambil percuma terus.

👉 Orang Melayu kalau masuk bawa baju bagi kami. Orang Kristian masuk bagi kami barang dapur. Bagi kami ubat jika sakit. Bagi sabun sabun. Orang Kristian masuk hormat hati kami tetapi orang Melayu masuk terus ceramah macam macam serupa Orang Asli ni bodoh sangat.

👉 Orang Kristian masuk ambil berat. Orang Melayu masuk cakap pandai lepas minta macam macam.

👉 Orang Kristian ajar kami untuk jadi bersih tetapi orang Melayu hina kami kotor. Lepas tu bodoh bodohkan kami. Makan pun asing asing.

👉 Jika kami kotor, ajarlah bersih. Bukan hina kami dan buat kami macam binatang.

👉 Ada kumpulan masuk buat program anak angkat tetapi diorang selalu buat kami macam tak ada perasaan. Diorang buat anak kami macam anak kucing.

👉 Jika kami susah, orang Kristian masuk sini. Jika kami senang, baru orang Melayu masuk sini. Lepas tu ceramah kami. Orang Kristian tak ceramah kami tetapi terus bantu. Diorang tak tanya pun apa agama kami. Orang Melayu suka panggil kami kafir. Kami pun ada agama. Kafir tu orang tak ada agama. Kalau agama awak betul, awak tunjuklah. Bukan awak kurang ajar dengan kami. Saya tak kata awak. Itu contohlah.

👉 Orang Kristian ajar kami mesin rumput tetapi orang Melayu masuk dan marah kami kerana tak bersih semak. Lepas tu makan durian dan bawa durian balik. Tak bayar harga pun.

TEAM VKL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan