Khamis, 7 Jun 2018

RAHSIA HABUK TAK MELEKAT PADA KIPAS

Marah je rasanya bila kipas yang    dibersihkan, tak sampai seminggu dah berabuk semula.

Ni haa, cara yang mudah untuk korang buat supaya habuk tak lekat dah pada bilah dan jaring kipas.

Yup, ia bukan omongan kosong, bahkan kosnya murah yakmat, alaa gunakan pelembut fabrik dan cuka makan yang ada di rumah jer.

Caranya:

1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.

2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain.Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan.

3. Kacau sebati dan korang masukkan ke dalam botol berspray supaya lebih senang nak  digunakan.

 4.Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas.

5. Biarkan selama 5 minit, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab.

6. Keringkan. Yayyy, kipas dah boleh  digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat!

7.Ulangi semula , 2 atau 3 bulan sekali.Bukannya habuk tak melekat sampai setahun.Hu2

Senangkan? Tak perlu setiap kali cuti perlu bersihkan kipas kotor

Selamat mencuba 😉 share

Kredit : Projek Lanun Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan