Khamis, 15 September 2016

⁠⁠⁠Adab

1- Adab ketika belajar adalah rahsia keberkatan ilmu

2- Ilmu yang berkat adalah yang memberi manfaat kepada diri dan orang lain

3- Para fuqaha mujtahid contoh terbaik mereka yang berkat ilmunya

4- Rahsia mereka adab dengan ilmu,guru,madrasah dan peralatan

5- Guru yang beradab melahirkan murid yang beradab

6- Imam Abu Hanifah tidak akan tidur atau duduk hal keadaan kakinya melunjur ke rumah gurunya Hammad

7- Imam Malik tidak akan membaca kitab hadis melainkan beliau akan mandi, mewangikan majlisnya dengan asap wangian dan duduk dalam keadaan wibawa

8- Imam Malik tidak akan bangun dari majlis hadis walaupun untuk menyambut seorang raja

9- Imam Shafii begitu berhati -hati menyelak helaian kitab dengan perlahan kerana tidak mahu bunyi selakan itu akan menganggu gurunya

10- Imam Ahmad tidak pernah lupa mendoakan gurunya Imam Shafii setiap kali solat

11- Imam Abu Daud pernah menolak permintaan istana untuk dibacakan hadis untuk anak raja dengan alasan mereka yang mahu belajar dialah yang harus datang

12- Imam Bukhari hanya akan menulis hadis setelah solat dua rakaat

13- Imam Nawawi tidak akan menyebut nama gurunya melainkan dengan didahului dengan laqab pujian tuan guru,sheikh,imam dan seumpamanya

14- Sheikh Yasin Fadani telah menghentikan keinginan nya untuk mencetak syarahnya terhadap Luma kerana mendapat tahu gurunya terlebih dahulu menghantar syarahnya untuk dicetak

15- Melipat kitab, membalikkan helaiannya dengan air liur, meletakan barang diatas kitab adalah  perbuatan yang khilaf adab

16- Imam Rabi Muradi paling banyak berkhidmat untuk Imam Shafii sepanjang empat tahun Imam di Mesir selepas kewafatan Imam Shafii manusia dari seluruh pelusuk dunia berpusu-pusu belajar ilmu Imam Shafii darinya selama 40 tahun

17- Ulama Hadhramaut berkata meletakkan kitab didalam beg sandang belakang adalah perbuatan tidak beradab dengan kitab

18- Air basuhan sarung kain yang membalut al-Quran tidak akan dibuang didalam saluran air atau longkang. Ini adab yang diajar di madrasah tahfiz di Pakistan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan