السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. keluarga dan para sahabatnya.
Ya Allah kami bersyukur kerana telah diberi kekuatan untuk kami mengerjakan amal ibadat..
Ya Allah kekalkanlah segala amalan kami ini secara berterusan dan anugerahkan kami dengan syurga firdaus Mu.
Ya Allah bantulah kami mengharungi cabaran Mu hari ini dan janganlah biarkan kami leka dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang Engkau telah berikan.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu, berikanlah kami kekuatan, taufiq dan hidayah supaya dapat kami memperbaiki diri kami.
Ya Allah dorongkanlah kami untuk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami serta amalan baik kami.
Ya Allah kurniakanlah kami rezeki yang halal, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Ya Allah jangan Engkau terlalu menguji kami dengan perasaan takut, kelaparan dan kekurangan harta benda, dan berilah kami khabar gembira. Sesungguhnya kami adalah kepunyaanMu Ya Allah dan kepada Mu jualah kami kembali. Masukklah kami dalam golongan orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dan hidayah Mu Ya Allah.
Ya Allah tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.
Ya Allah yang maha pengasih, bukalah pintu2 kebaikan, pintu2 keselamatan, pintu2 kesihatan, pintu2 kekuatan, pintu2 nikmat, pintu2 keberkatan, pintu2 kasih sayang, pintu2 cinta sejati, pintu2 ilmu, pintu2 rezeki, pintu2 keampunan dan pintu2 syurga bagi kami.
Ya Allah kami bersyukur kerana telah diberi taufik dan hidayah serta kekuatan iman.
Ya Allah kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur dan redha serta bersabar menghadapi segala ujian Mu.
Ya Allah makbulkanlah segala hajat kami dan Engkau maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati kami.
Ya Allah jadikanlah kami anak2 yang taat dan berbakti kepada ibu bapa kami.
Ya Allah kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu Ya Allah.
Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang.
Ya Allah.. terimalah taubat kami dan sayangilah kami..
Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami, dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين
Tiada ulasan:
Catat Ulasan