Rabu, 13 Julai 2016

7 LAPIS LANGIT TIDAK TERIMA AMALAN.

12 Perkara Sebagai Penyebab

Allah Ta’ala tidak mengatakan yang paling banyak amalnya akan diterima, tetapi yang paling baik amalnya.

Fudhail bin Iyaadh menafsirkan ayat ini dengan:

“Yang paling ikhlas dan yang paling benar.”

Mereka bertanya : Wahai Abu Ali (Panggilan bagi Fudhail) apakah yang dimaksud dengan yang paling ikhlas dan paling benar?

Jawab Fudhail : “Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas akan tetapi tidak benar nescaya tidak akan diterima.

Dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar akan tetapi tidak ikhlas nescaya tidak akan diterima sampai amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar.

Dan yang dimaksud dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah الَّله (Lillah). Dan yang dimaksud dengan benar ialah amal itu atas dasar Sunnah.”

Fudhail bin Iyaadh adalah seorang Tabi’u Tabi’in. Imam yang Siqah dan masyhur dengan kezuhudan dengan ibadahnya.
Seorang rawi yang dipakai oleh Bukhari dan Muslim dan lain-lain (Tahdzibut tahdzib no. 5647)

Antara sebab-sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan langit:

Ⅰ. Lapisan Langit Pertama.
○Mengumpat.

Ⅱ. Lapisan Langit Ke-2 .
○Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.

Ⅲ. Lapisan Langit Ke-3.
○Sombong atau takabbur.

Ⅳ. Lapisan Langit Ke-4.
○Ujub.

Ⅴ. Lapisan Langit Ke-5.
○Dengki.

Ⅵ. Lapisan Langit Ke-6.
○Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.

Ⅶ. Lapisan Langit Ke-7.
○Riak.

Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam (12) perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Daripada Abu Hafsh Umar Ibnu Khattab r.a ia berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya setiap amal itu tergantung dari niatnya."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim).

🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄

Tiada ulasan:

Catat Ulasan