Rabu, 28 Mac 2018

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS

1. bangun malam ( sekitar jam 3 pg)
- mandi dan ambil wuduk

2. solat sunat wuduk.

3. solat sunat taubat.

4. solat sunat tahajjud
( 8 rakaat).

5. solat sunat hajat ( mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak ).

6. solat sunat witir 3 rakaat.

7. istighfr 100x

8. tahlil 300x

9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x

10. tasbih 40x

11. solat sunat fajar.

12. solat subuh.

13. baca yaassin lepas subuh.

14. solat sunat dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas

16.Solat Asar
- solat sunat sebelum

17. Solat maghrib
- solat sunat selepas

18. Solat Isya'
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas

19. Sebelum tidur baca :
- al-quran
- surah Al-mulk
- surah sajjadah
- surah al-waqiah

20.setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

[ustaz Ismail Kamus]

**_share ilmu ini utk peringatan semua_
Ps: kongsi ilmu walau sedikit moge2 yg sedikit ini membawa kite ke syurga Allah S.W.T in shaa Allah Allahuma ameen 😘

PENGSAN DALAM BILIK MANDI

Amalkan mandian songsang.

```kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat tempat lain? Semasa saya hadir kursus gaya hidup sehat , seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala , logik 'warm blooded human' dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi. Sila sebarkan agar lebih ramai sedar dan mungkin dapat membantu mengelakkan kejadian ini.```

```1. Bermula dari segayung siramkan
di telapak kaki.

2. Segayung di betis.```

```3. Segayung di paha.

4. Segayung di perut.

5. Segayung di bahu.

6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.```

👉```Kita akan merasakan seperti wap/
angin yang keluar dari ubun-ubun
bahkan meremang, setelah itu
lanjutkan dengan mandi seperti
biasa.```

✅```Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi
dengan air sejuk. Apa yang terjadi?
Gelas akan retak ⚡!!!

🚿Jika tubuh kita .... apa yang retak?
Suhu tubuh kita``` ```cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.```

🚿```Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.```

🚿```Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.``

🚫```Jangan kedekut ilmu. Sila kongsi
untuk manfaat bersama....```

👆Copy And Paste

Rabu, 21 Mac 2018

ALLAH BAYAR SECARA TUNAI

Kisah ini kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri..

Satu hari saya pergi ke sebuah Rumah Orang Tua-Tua. Saya dapat bantuan sejumlah wang daripada seorang sahabat meminta saya beli dan sampaikan barangan keperluan tersebut kepada orang miskin.

Jadi saya pun belilah kain pelekat, kain batik, beli roti dan macam-macamlah saya beli, saya pun pergilah Rumah Orang Tua-Tua, tak payah sebutlah di mana.

Sampai saja kereta saya di perkarangan Rumah Orang Tua-Tua, tiba-tiba ada seorang perempuan tua berlari dari asrama orang tua-tua tu mai dekat saya.

"Yea..yea.. Anak aku datang, anak aku datang, seronoknya anak aku datang.."

Saya tak kenai dia siapa, dia mai peluk saya, dia cium saya.

Orang tua tu kata..

"Nak.. Kenapa tinggal mak kat sini nak, mak nak balikkkkkk.. Mak rindu dekat rumah.."

Saya waktu tu.. Ya Allah.. Saya kata..

"Makcik..'

Saya pegang saya tengok muka dia, dia kata..

"Sampai hati hang tak mengaku aku ni mak hang.."

Saya boleh bayang perasan waktu tu dia rindu sangat pada anak dia, saya berlakon depan dia, saya kata..

"Mak.. Maafkan saya mak ye.."

Saya pegang tangan dia saya bawa pi duduk atas kerusi, saya ambik roti saya suap ke mulut dia.

Cuba bayangkan hati ibu yang rindu kepada anak ini bila kita ambik roti kita suap kat mulut dia, apa perasaan dia? Apa perasan kita?

Semasa saya menyuap roti, air mata dia meleleh-leleh, dia pegang tangan saya, Subhana Allah.. Saya dapat rasa bagaimana perasaan rindunya kepada anak dia.

Bila saya nak balik dia pegang kaki saya dia kata..

"Nak.. Jangan tinggai mak nak, mak nak balik, mak nak balik.."

Akhirnya saya minta kebenaran dengan pihak pengawasan di situ. Check-check tengok rupanya dia ada anak 5 orang. Anak dia yang sulung bergelar Tan Sri, orang memang kaya, orang ada nama, hebat orangnya.

Saya waktu tu nak balik, dia pegang baju saya dan dia kata nak ikut saya balik, saya kata takpa lah, jomlah jomlah.. Saya isi borang apa patut semua.. Ringkaskan cerita, saya minta pelepasan untuk bawa balik selama 5 hari saja.

Bila balik rumah saya, Sembayang Subuh saya jadi Imam dia sembahyang di belakang, saya baca doa, saya tengok air mata dia jatuh. Lepas tu saya pi salam dia, saya cium tangan dia dan saya kata..

"Mak.. Maafkan saya mak yeee.."

Waktu tu saya tak dak mak dah, tapi saya bayang ini ibu saya, sebab dia rindukan pada anak-anak dia.

Duduk hari ketiga di rumah saya, waktu Sembayang Isyak, selesai doa saya nak pi salam dengan dia, tetiba dia lapik tangan dia dengan kain tudung, baru dia salam.

Saya kata..

"Mak.. Kenapa mak lapik tangan, dua hari dah mak salam, mak tak lapik tangan dengan saya. Kenapa hari ni mak lapik tangan?"

Dia kata..

"Ustaz.. Kau bukan anak saya ustaz ye.."_

SubhanAllah. Tiba-tiba dia sebut nama saya "Ustaz". Saya kata..

"Kenapa mak panggil saya ustaz? Saya anak mak.."

Dia kata..

"Bukan.. Kalau anak saya dia tak akan buat macam tu, kalau anak saya dia tak akan jadi imam saya, kalau anak saya dia tak akan suap saya makan.."

Bayangkan sahabat-sahabat perasaan seorang ibu ini, tiba-tiba saja dia menangis, saya pun pegang dia, saya peluk dia, saya pun menangis, saya kata..

"Mak.. Walaupun mak bukan mak saya tapi saya sayangkan mak sebagai ibu saya sendiri..".

Saya pegang tangan ibu ini.. Walaupun dia bukan mak saya tapi saya tahu hati dia rindu sangat dekat anak dia, waktu tu saya pandang wajahnya, saya kata..

"Mak.. Walaupun ibu sebenar saya telah meninggal dunia, tapi mak boleh ganti tempat ibu saya, mak duduklah di sini..".

Waktu nak makan saya suapkan nasi ke mulut dia, dia muntahkan balik makan dari mulut dia,
saya tanya..

"Kenapa mak?"

Tiba-tiba saya tengok air muka dia pucat, saya angkat dia, panggil ambulan hantar dia ke hospital.

Waktu dia di hospital, saya ambik kepala dia saya ribakan mak ini, dia pegang tangan saya dia kata..

"Ustaz.. Kalau saya mati, tolong jangan bagi tahu sorang pun anak saya, kalau anak saya tahu saya mati, jangan bagi tahu di mana kubur saya, kalau dia tahu di mana kubur saya jangan izinkan dia pegang batu nisan..".

Saya pegang dia saya kata..

"Mak.. Jangan cakap mcm tu mak..".

Isteri saya menangis di sebelah, anak saya menangis di sebelah pegang dia. Kami pegang dia..

"Mak.. Jangan cakap mcm tu mak, jangan mak.."

Dia geleng kepala rupa-rupanya itulah saat penghujung hayat dia, akhirnya dia pun meninggal di atas ribaan saya di hospital.

Dia meninggal dalam pelukan saya, saya doakan Makcik Hajjah khalijah ini rohnya mudah-mudahan bersama Salafusoleh.

Sahabat-sahabatku, sesiapa yang masih ada mak tolonglah taat pada mak, jangan derhaka pada mak kita, jangan tinggal dia di Rumah Orang Tua, mak kita sakit kita jaga dia, picit kepala mak kita..

Sahabat-sahabat cuba tanya mak kita..

"Seksa dak mak mengandungkan saya dulu? Seksa dak mak melahirkan saya dulu?".

Tanya mak kita sahabat-sahabat sekalian.. Kalau kita tanya sudah tentu air mata mak kita akan jatuh, sebab tu sahabat-sahabat suapkanlah makanan pada mak kita..

Sahabat-sahabat semua.. Selepas daripada kematian makcik ini, sampailah berita kepada anaknya yang sulong, anak dia terus telefon saya..

Apa anaknya kata pada saya..

"I akan bawa you ke makhamah, I akan saman you sebab you bawa keluar mak I dari Rumah Orang Tua-Tua"..

3 tahun dia letak mak dia di Rumah Orang Tua-Tua, dia tak pergi tengok, sebab tu mak dia rindu tak boleh beza saya dan anaknya..

Akhirnya saya tunggu, tunggu punya tunggu tidak ada saman hampir setahun lebih. Saya pergi ceramah di Masjid di Gombak, selesai saya ceramah datang seorang lelaki peluk saya.

Menangis dalam masjid, orang dalam masjid hairan, sebab apa ni, saya tanya pada dia..

"Pasai pa ni? Ada masalah apa ni..?".

Dia berkata dalam keadaan menangis..

"Ustaz.. Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya ustaz? Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya?"..

Saya kata..

"Kenapa hari ni baru tanya kubur mak kamu?"..

Dia kata..

"Tolonglah ustaz.. Saya nak jumpa mak saya ustaz, sayalah orang yang bergelar Tan Sri yang nak saman ustaz hari tu.. Saya sekarang ni papa kedana ustaz, isteri saya mati kemalangan, rumah banglo saya bank dah tarik, kereta mewah saya semua bank dah tarik, tinggal satu ja, kereta kancil..".
Saya berkata..

"Saya boleh tunjuk kubur mak kamu, tapi dengan satu syarat, kamu jangan pegang batu nisan mak kamu..".

Sampai saja di tanah perkuburan, tak sempat saya nak turun, dia turun dulu, saya tengok depan mata saya sendiri dia jatuh tersungkur tangan dia menjadi hitam, mulut dia tarik sebelah yang tadi pada awalnya, tangan dan mulutnya elok sambil memanggil-manggil..

"Ibu.. Ibuuu... Ibuuuu..".

Tiba-tiba saya angkat dia tak jauh dari kubur ibunya belum sampai lagi ke kubur ibunya, dia dah hembuskan nafas terakhir berhampiran kubur ibunya..

Allahuakbarrrrrrrrrrrrr...

Mengucap panjang saya.. Allah SWT tunjuk di atas dunia lagi balasan anak yang derhaka pada ibu dan ayah.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran di luar sana, ambillah iktibar dari kisah di atas.

"Dan apabila mata ibumu sudah tertutup maka hilanglah satu keberkatan disisi Allah, iaitu doa seorang ibu"

Jumaat, 16 Mac 2018

Kene simpan ilmu ni baik baik

Orangnya pun dah takda lagi...

(AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)

1) - Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
-Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
-Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
- Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
- Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
- Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
- Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
- InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
- Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
- Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
- Setiap kolah masjid, 1 botol.
- Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
- Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
- Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
- Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
- Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
- Gunakan minyak zaitun
- Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
- Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14
&
surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
- Menggunakan madu asli
- Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
- Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
- Makan 1 sudu sehari
Surah An -Nahl, ayat 69

8) Angin pasang
- Menggunakan madu
- Amalkan ayat- ayat di bawah ini
-Surah Al - Isra', ayat 82
Surah Al - Hashr, ayat 21
Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
Bahan - bahan :
- Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
- Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
- Buah kelapa (yang berhingus)
Cara - cara :
- Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
- Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
- Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
- Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
- Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
Surah Al - kahf, ayat 11

11) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
Surah - fussilat, ayat 44

12) Merawat histeria
- Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
- Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
- As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

Isnin, 12 Mac 2018

DO'A SELAMAT DARI MATI MENDADAK

CUKUP DIBACA SEKALI SEUMUR HIDUP

MARI KITA BACA SEKARANG JUGA!

Do'a keselamatan dari kematian mendadak.
Di riwayat kan dari Rasululloh saw, bahwasanya Alloh swt berfirman:
Wahai (Kekasihku) Muhammad,tidak ada seorang pun dari Ummat Mu yang membaca do'a ini walaupun sekali dalam umur nya kecuali dengan kemulyaan dan keagungan Ku,

Aku akan menjamin untuk nya tujuh perkara :

1: Aku akan angkat kefakiran dari nya.

2: Aku akan amankan dia dari pertanyaan Mungkar dan Nakir.

3: Aku akan tuntun jalan nya di Shirat.

4: Aku akan menjaga nya dari kematian mendadak.

5: Aku akan haramkan neraka atasnya.

6: Aku akan menjaga nya dari himpitan kubur.

7: Aku akan melindungi nya dari kemurkaan raja yang jahat dan dzalim.

BERIKUT INI DO'ANYA :

لَا اِلـهَ اَلٌَااللٌَهُ اَلْجَلِیْلُ الْجَبٌَارُ
Laa ilaaha illalloohul jaliilul jabbaar,
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْوَاحِدُ الْقَهٌَار
Laa ilaaha illalloohul waahidul qohhaar,
ُلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَرِیْمُ السٌَتٌَار
Laa ilaaha illalloohul kariimus sat taar,
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَبِیّرُ الْمُتَعَال
Laa ilaaha illalloohul kabiirul mutta 'aal
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُوْنَ
Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu muslimuun,
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریْکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُوْن
Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu 'aabiduun,
َلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ قَانِتُوْن
Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu koonituun,
َلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ صَابِرُوْنَ
Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu shoobiruun,
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّه
Laa ilaaha illalloohu muhammadan rosuululloh,
اللَّهُمَّ اِلَیْکَ فَوٌَضْتُ اَمْری،
، وَعَلَیْکَ تَوَكَّلْتُ يَا اَرْحَمَ الرٌَاحِمٍیْنَ.
Allohumma ilaika fawadh'tu amrii,wa 'alaika tawak kaltu yaa arhamar roohimiin,
اللَّهُمَّ صَلٌِ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما صَلٌَیْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ
Allohumma sholli 'alaa Muhammad wa ali muhammad kamaa shollaita 'alaa ibroohiim wa ali ib'roohiim innaka hamiidum majiid,
وَبَارِکْ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما بَارَکْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم فِي الْعالَمينَ اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ.
Wa baarik 'alaa muhammad wa ali muhammad kamaa barokta 'alaa ibroohiim wa ali ibroohiim fil 'aalamina innaka hamiidum majiid.

Kirim ke 10 orang dalam 1 jam anda telah mendapatkan pahala 10 juta sholawat pada Baginda Muhammad SAW dalam buku catatan amal anda dengan izin Allah SWT, maka sebarkanlah agar bermanfa'at bagi teman,rekan sahabat dan kerabat anda...

Wassalamu'alaikum wr.wb...🙏