Jumaat, 27 Oktober 2017

Story pasal speeding di jalan raya Malaysia

Kawan saya share pagi tadi.
Ada betul juga katanya..

☆Cerita seorang teman☆

Semalam appoinmnt ngn client aku seorg sn. engineer, expertise nya dalam traffic engineering. So..aku pn tanya soalan:

Aku: Tuan, kenapa hiway malaysia cuma max limit 110km/h..kenapa mesti 110 km/h...bukan 180 km/ h..atau  360 km/ h.?

Client: sebenarnya hiway di malaysia di design max speednya hanyalah 120 km/ h...bukan 110 km/ h...tp kita letak 110 km/ h supaya play safe. Dan tolerance +10 km/ j saja di reserve untuk any unexpected event untuk minimizekan injury jika berlaku.

Material yg hiway kita gunakan sekrg cuma mampu bg full traction dalam max speed 120 km/ h...maknanya klu speed over limit...tayar dah x grip jalan..sebab tu klu tgok keta xcident yg lari over limit. Semuanya seriuos injury or death terus. Sebb faktor material jalan dan kapasiti traction tayar kereta. Info ni yg ramai x tahu.

Kita boleh design hiway untuk max speed 400 km/ h...macam litar sepang...tp kos material tinggi...sanggup ke hang nak bayar kos tol mahal2...naik tol 20 sen pun riuh setahun...haha..

1 lg...hari ni teknologi enjin lebih maju dr teknologi tayar...enjin skrg org bole design bg laju smpai 800 km/ h atau lebih lg....tp tayar harini yg high spec pn max speed cuma bole pegi smpai below 400 km/ h....tayar yg ferrari n lambho pakai skrg...

Dapat something x....so jangan speed laju2 k....

Yg Ni baru lah Boleh Kita viral kn.. Ilmu utk keselamatan kita... Amacam gang...

Khamis, 26 Oktober 2017

BerTahneek

Lebih 1436 tahun dahulu, apabila bayi lahir, Rasulullah SAW mengamalkan mengambil secebis kurma dan memasukkannya ke dlm mulut. Rasulullah SAW akan mengunyahnya hingga lembut dan kemudian menyapunya di lelangit bayi yg baru lahir.

Ini dipanggil Tahneek dlm Islam.
- Hari ini BBC News melaporkan dari pakar - sedos gula dlm bentuk gel yg disapu dlm pipi dlm mulut merupakan cara murah dan efektif utk melindungi kerosakan otak bagi bayi yg lahir tak cukup bulan. Inilah sebabnya Muslim mengamalkan amalan Rasulullah SAW tanpa mempersoalkannya. Sains hanya kini baru meneroka tradisi yg telah diperkenalkan 1436 tahun dahulu kerana Islam dari dulu hingga kini masih mendahului segala perkembangan.

Mari berkongsi ilmu, apatah lg sesama Muslim bahawa Islam bukan agama primitif. Subhanallah. Segala puji bg Allah.
********
'Jika sakit kepala di bahagian hadapan kepala, rawatannya adalah tidur. Jika di atas kepala, rawatannya adalah makan & minum air. Jika sakit kepala di bahagian belakang kepala, maka rawatannya adalah cuba menghilangkan stress.

Rawatan utk menambah penglihatan lebih jelas.
- Ini sgt penting utk mereka yg lemah penglihatan dan utk semua. Otot mata bekerja setiap hari yg boleh membawa  kepada penglihatan yg kurang tepat. Demi mengembalikan penglihatan yg baik dan mengekalkannya, kita perlu mengikut sunnah di dlm solat. Kita perlu sentiasa membuka mata setiap kali sujud dan ketika berdiri pula, mata perlu sentiasa fokus kepada titik sujud sepanjang solat. Kelebihan melihat titik sujud ialah ketika rukuk, otot mata akan menekan lensa utk menambah penglihatan dan ketika kita bangun, otot mata akan mengendur. Ketika sujud, lensa akan mengecil disebabkan jarak di antara mata dan lantai. Apabila kita bangun  semula, otot mata akan mengendur semula. Amalan yg kita lakukan setiap hari merupakan antara latihan mata kita. Kita boleh melakukan sebanyak 17 kali atau sebanyak mana yg diingini.
Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan utk membuka mata ketika sujud dan kini saintis pula mengesahkan amalan ini utk menambah & memperkukuhkan daya penglihatan. Subhanallah.

Kongsikan tips ini. Moga mendapat keberkatan dari Allah SWT.
- Saintis bukan Islam mengesahkan bahawa kita kini terdedah dengan kuasa caj eletrik lebih besar dari sebelum ini. Ini disebabkan oleh radiasa elektromagnet dari peralatan seperti telefon bimbit, TV, AC, microwave dan sebagainya. Dan sekiranya kita tidak mahu radiasi ini mengancam kita, kita perlu meletakkan dahi di lantai lebih dari sekali sehari kerana bumi boleh menyerap radiasi. Kita sebagai Muslim diberi 5 waktu solat utk menyentuhkan dahi kita ke lantai, iaitu 92 sajadah setiap hari. Subhanallah.
- Setiap perintah Allah ada kelebihannya.
"Which of the favours of your Lord will you deny?"
Surah Rahman.

Jika info ini memberi inspirasi kepada anda, jom kongsikan. Wallahualam.

Jika ingin melihat orang Islam

Menurut Prof Dr Hamka:

🔝 Datanglah ke masjid pada eidilfitri dan eidiladha

TETAPI

🔝 Jika ingin melihat orang yang beriman...
Datanglah ke masjid waktu suboh.

🔝 Itulah nisbah antara orang Islam dengan orang beriman. "

🔺 SESUNGGUHNYA, SUBUH ITU TERJEMAHAN DIRI*

1🔝 Jika subuhnya sentiasa dipelihara.
Tanda akan selamat dari neraka.

2🔝 Jika subuhnya tiada dia tinggal.
Allah melindunginya dari aral.

3🔝 Jika subuhnya didahului sunat.
Berganda isi dunia dia mendapat.

4🔝 Jika subuhnya bergelapan ke musolla.
Di kegelapan akhirat mendapat cahaya.

5🔝 Jika subuh ke cerah berwirid lagi.
Mendapat pahala umrah dan haji.

NAMUN...

1🔝 Jika subuhnya tiada dijaga.
Pada wajahnya tiada cahaya.

2🔝 Jika subuhnya sengaja terlupa.
Tanda imannya tiada bernyawa.

3🔝 Jika subuhnya terasa berat.
Tanda munafik sudah mendekat.

4🔝 Jika subuh tiada dipeduli.
Tanda iman menghampiri mati.

5🔝 Jika subuhnya tiada berjama’ah.
Tanda hidupnya akan hilang barakah.

6🔝 Jika subuhnya tiada ke masjid.
Tanda imannya ada penyakit.

7🔝 Jika subuhnya selalu terlewat.
Tanda imannya semakin cacat.

8🔝 Jika subuhnya diakhir waktu.
*Tanda iman semakin kelabu.

9🔝 Jika subuhnya hari dah siang.
Tanda rezekinya udah hilang.

10🔝 Jika di subuh masih berdengkur.
Tanda syaitan memeluknya tidur.

*والله اعلم*

RAMAI TAK PERASAN SAPA YG BAGI BR1M

Perbualan ini dirakamkan disebuah KEDAI KOPI di Pekan Kecil di Negara Yang Sedang Maju dan Sejahtera Hidup Rakyatnya..

Pemuda B :
"Berapa gaji kau sebulan...?"

Pemuda A : " Gaji aku  setiap bulan adalah sekitar RM2,000.."

Pemuda B bertanya lagi,

"Setiap bulan gaji kau habis dibelanjakan atau ada sedikit kau  simpanan..?"

Dia menjawab,

"Setiap bulan habis, tak cukup lagi adalah, selalunya terpaksa pinjam kt Mak Mertua..,"

Maka aku pun jelaskan kepadanya,

"Kalau kau habiskan kesemua gaji kau setiap bulan sebanyak RM2,000 maknanya dalam masa sama kau bayar RM120 cukai GST.."
(6% daripada RM2,000 = RM120)

"Setiap bulan kau terpaksa bayar RM120, bermakna dalam setahun kau bayar sebanyak RM1,440..."

"Kau bayar GST RM1,440 setahun kpd Kerajaan.. kemudian KERAJAAN bagi balik BR1M  kat kau RM450 je setahun.. Sebenarnya dia bayar BR1M pakai duit siapa..?"

Tanya Pemuda B kepada Pemuda A.

Mendengar penjelasan ringkas itu, wajah Pemuda A tiba-tiba berubah, dia mulai sedar bahawa selama ini dia berasa terhutang BUDI dgn Kerajaan kerana pemberian BR1M.

"Pergh, Aku rasa terhina.. sebenarnya BR1M tu duit aku jugak..,"

Jawabnya seperti baru tersedar dari mimpi.

Pemuda B : " Aku kongsikan ini kerana aku percaya ramai lagi sahabat-sahabat di luar sana yang selama ini tak sedar bahawa BR1M itu bukanlah duit Kerajaan yg diberikan kepada rakyat, seperti seorang ayah memberi duit saku kepada anaknya, tetapi sebenarnya BR1M itu adalah duit KITA sendiri... Tipah Tertipuuuu...!!

Kerajaan Kutip GST RM1,440 tolak RM450 (BR1M) = RM990

"Sebenarnya aku yang bagi BR1M RM 990 kat  Najib, bukan Najib bagi BR1M kepada aku..,"
Kata Pemuda B dengan linangan air mata...
😭😭😭😭😭😭
mengakhiri perbualan dalam isu tersebut.

Mohon sebarkan

#SelamatkanMalaysia