Rabu, 16 Ogos 2017

BERTANYALAH PADA DIRI

Pada Setiap malam bila waktu nak tidur Ajarkanlah diri kita agar biar ada Satu Persoalan Menemani kita untuk kesedaran

BERTANYAKANLAH PADA dirimu.
.
Seberapa kuat dapat engkau keluar
Dari pesona duniawi yang begitu memabukkan..

Jika bukan kerana kurniaan dari kekuasaNya,..

Engkau masih tetap terjebak pada tipuan dan kepalsuan fana
Bertanyakanlah pula,

Seberapa kuat engkau membebaskan dirimu dari genggaman duniawi. .

Bila tanpa kurnia dari kekuataNya,

Engkau hari ini pasti masih terpenjara oleh semua itu...

Allah membuatmu tetap berada dalam duniamu tetapi memberimu ilham perilaku
Agar tak terseret pada permainannya yang Melalaikan. ..

Segeralah sedari, adakah kita Merasa nikmat hidup dalam penjara.......

Sentiasalah bertanya pada diri..

"Apa yang aku lakukan hari ini??

Banyak ingat Allah atau lalai ??

Apakah yang aku sumbangkan pada  Agama Islam kita hari ini "??

Bnyaklah rasa yang akan dapat ..
Bila ada rasa nak hisab diri...
kadang kala keluar airmata
Sebab tiada jawapan untuk itu .

Ya Allah,Bantulah Kami untuk mengingati Mu
Bersyukur kepada Mu dan memperbaiki ibadah Kami kepada Mu

Aamiin ya Allah
🌷🌹🌷🌹🌷🌹🌷
#NASIHATBUATDIRIKUDANDIRIMU

Salam silaturahim

.. Buat keluarga
Kamulah Yang Terpenting Dalam Hidup Saya   

.. Buat Yang Tersayang
Saya Minta Maaf Kalau Saya Ada Menyakitkan Hati Kamu   

.. Buat Kawan-Kawan
Maaf Kalau Saya Ada Silap & Salah, Tak sengaja   

.. Buat Sahabat
Jangan Lupakan Saya, Bila Suatu Masa Nanti Kita Terpisah  

.. Buat Yg X Sependapat
Maaf Bila Selama Ini Saya Selalu Salah Dimata Kamu   

.. Buat Yg Sayang Pd Saya
Saya Juga Sayang Pada Kamu ..bahkan lebih lagi..
  
.. Buat Orang Yang Pernah Menyakiti Saya
Terima Kasih Kerana anda Mengajar saya Bagaimana   Untuk Terus Bersabar...   

.. Buat Yg X Kenal Saya
Terima Kasih Sebab Setia Save Saya  Dekat Contact anda...   

Terima Kasih Semua Sebab Sudah Ada Dalam Hidup Saya   

Taqabbalallah..

MAAF ZAHIR & BATIN

Artikal yang menarik

Saya tertarik dengan artikel ini. Ada antaranya pasti pernah kita lalui dalam hidup.

1. Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.

2. Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.

3. Kalau kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

4. Kalau kita  bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.

5. Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

6. Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.

8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, Kita tetap kalah.
Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri.
Yang ini yg susah, mengalahkan ego diri sendiri.

9. Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

10. Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga.

11. Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami.

12. Mendengar ayah dan mak menegur dengan tegas, bererti kita masih punya mak ayah.

13. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

14. Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.

15. Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.

16. Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.,

17. Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.

18. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.

19. Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.

20. Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.

21. Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.

22. Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Kita sama2lah mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya. Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan dtg. InsyaAllah..

Semoga shbt2 yg pernah saya kenal saat kita pernah bekerja/belajar bsama dulu dan juga shbt yg baru bertaup di silaturahim dlm group ini...semoga diberkati hidup kita semua dan ambillah pesanan ini sbg satu pesanan kecil untuk dimanafaat bersama pada tahun 2017 ini.

Akhir kata doa agar shbt semua diberikn kesihatan yg baik...kerana kesihatan yg baik itulah yg memudahkan kita utk melakukan ibadah. Teruskn istiqamah dan bermujahadah dlm jalan Allah swt..

-- Nukilan perkongsian sahabat-sahabat.

DIDIK ANAK MENJADI HAMBA AGAR IBUBAPA TDAK MELAHIRKAN TUAN

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi

+ Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone

+  Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa. 😭

+  Tak kurang juga anak lelakinya,mana mahu nak buat kerja2 perempuan.

Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang.

Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil

+ Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka

+ Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka

Alasannya?

+ "Kesian anak tu kecik lagi.."
+ "Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
+ "Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" anak sampai ke tua.

+ Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak menyusahkan mak pak. Ini terjadi dalam dunia masa kini.

+ Baju laki bini anak beranak mak basuh
+ Makan laki bini anak beranak mak masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa

+ Mereka akan buat secara terpaksa

+ Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka

Dan yang akan menjadi hambanya ialah mak pak mereka.

+ Sementara si anak sedap menggoyang kaki

Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya.

Bila besar mereka akan mampu berdikari

+ Usah terlalu kasihankan anak
+ Jangan terlalu memanjakan anak

+ Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
+ Ajar mereka tentang kerja rumah
+ Ajar mereka erti kehidupan
+ Pupuk kesedaran dalam diri mereka

+ Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan

+ Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba

Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita

Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA

"Ramai Sebar, Ramai Dapat Manfaat"

CARA WANITA BERSEDEKAH

Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: "Bagaimana, sedang aku tak punya duit?" Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

Rasulullah SAW  bersabda:

"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."

Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya?

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.

Berikut contoh-contohnya:

Sedekah itu beraneka ragam:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dll anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

Kaedah Penting:

Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun...

Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

Perlu diingatkan bahawa;
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".

Sebarkanlah info ini, supaya menjadi sedekah untuk anda, dengan izin Allah.

Aamiin Ya Robbal 'Alamin....  (mengirimkan/menyebarkan artikel ini juga adalah sedekah).

Wallahu a'lam...

- Ustaz Iqbal Zain -

RAMAI ORANG SAYANG IBUBAPA, TAPI SEBENARNYA TAK SAYANG.

Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibubapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :

1.Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.

2.Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.

3.Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.

4.Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah... dan lain-lain.

Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibubapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu.

Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka.

Yang mereka perlukan, antaranya ialah :

1.Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.

2.Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.

3.Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.

4.Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.

5.Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi... hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau harta dunia.

"... yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim..."

Ingatlah... hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan pada anak kita.

Wallahu a'lam...

Senafas Ke Barzakh : http://www.fatehteam.com/senafas-ke-barzakh-ustaz-ahmad-dusuki-abd-rani/

Angin Duduk

Pada suatu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman a.s duduk di singgahsananya,
Maka datang satu Angin yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah
Sulaiman siapakah engkau......?.

Maka dijawab oleh Angin tersebut : akulah Angin Rihul Ahmar....dan
Aku bila memasuki rongga anak Adam, maka lumpuh, keluar darah dari
rongga, dan apabila aku memasuki otak anak Adam, maka menjadi gilalah anak Adam.....

Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar angin
tersebut,maka berkatalah Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahwa:
Aku kekal sampai hari Kiamat tiba,tiada sesiapa yang dapat membinasakan Aku melainkan Allah SW T.
Lalu Rihul Ahmar pun menghilang.

Diriwayatkan cucu Nabi Muhammad SAW terkena Rihul Ahmar
sehingga keluar darah dari rongga hidungnya.

Maka datang Malaikat Jibril kepada
Nabi SAW  dan bertanya Nabi kepada Jibril.

Maka menghilang sebentar,lalu Malaikat Jibril kembali mengajari akan do'a Rihul Ahmar kepada Nabi SAW kemudian
dibaca do'a tersebut kepada cucu nya dan dengan sekejap cucu Rasulullah sembuh serta merta.

Lalu bersabda Nabi S AW : Bahwa barang siapa membaca do'a stroke/do'a Rihul Ahmar.....walau sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit ANGIN AHMAR atau
STROKE.

Do'a menjauhkan terhindar dari angin ahmar dan penyakit kronik :

اللهم إني أعوذبك من الريح الأحمر والدم الأسود والداء الأكبر

Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar....
Artinya :
Ya Allah Tuhanku lindungi aku dari angin merah dan lindungi aku dari darah hitam (stroke) dan dari penyakit berat.

Panjangkanlah ke Group Keluarga, Sahabat kita yang tersayang...agar kita semua  terhindar dari STROKE senantiasa dalam balutan sehat dan sejahtera.....!```

TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR

Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM

■💕Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■💕Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■💕Jika mati orang yg suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, "ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya".

■💕Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■💕AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

■💕Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■💕Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■💕Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■💕Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".

■💕 Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada alMulk dalam dada kita.

■💕Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.

■💕Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■💕Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

■💕Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

Kenapa untuk dunia kita boleh, untuk akhirat tidak??

Dari: Dr Zakir Naik.

Kita selalu luangkan sedikit masa utk Allah. Tapi DIA selalu menyayangi dan merahmati kita. Allah sentiasa bersama kita. Mari kita luangkan 30 min masa utk ALLAH. Bukan berdoa, tetapi memuji-NYA.

Hari ini, mari kita sebarkan mesej ini ke sluruh dunia. Sudikah anda melakukanya? Jgn tamatkn pnyebaran mesej ini.

Kenapa kita mengantuk apabila SOLAT malam? Tapi boleh berjaga sepanjang malam untuk berwhatsapp.

Kenapa kita bosan bila lihat & baca AL-QURAN? Tapi boleh berjam2 lamanya baca whatapps

Kenapa kita sering abai & padam mesej2 berkaitan agama? Tapi boleh save & forward mesej2 kelakar.

Kenapa Masjid makin sepi? Tapi pasar2 makin meriah sedangkan pasarlah tmpt paling Allah benci.

Kenapa kita selalu sebut2 nama artis2? Tapi susah kita ingat ALLAH.

Ingatlah; Allah (SWT) Berfirman: Jika kamu berpaling dari aku di depan kawan kamu, Aku akan berpaling dari kamu pada Hari Kiamat kelak.

Jika seseorang menutup satu pintu, Allah akan membuka dua pintu; Jika Allah membuka pintu untuk kamu, hantarlah mesej ini termasuk saya..

Dikatakan bahawa apabila Malaikat Maut cabut nyawa drpd jasad org yg mati.. Itu satu pengalaman yang menyakitkan.
Dikatakan juga bila manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, kesan sakit roh dicabut drpd jasad masih ada lagi.

Maka, ALLAH menyuruh kita utk membaca AYAT KURSI setiap selepas solat fardhu.
Dinyatakan sesiapa yang membaca ayat kursi, roh mereka akan dicabut seperti mengambil sehelai rambut daripada tepung.. Bayangkan betapa ringannya rasa ITU,
Masya-Allah!  Moga Allah menyelamatkan kita drpd sebarang sakit dan moga DIA mematikan kita dgn iman di hati dan selamatkan kita drpd Azab. Aamiin.

Ini perkara biasa kita buat..
Sebahagian drpd kita bercakap masa tgh Azan...
BACA ini..
Nabi Muhammad(SAW) bersabda,
Berhenti melakukan apa2 semasa Azan,
walau membaca Quran,
Sesiapa yang bercakap semasa Azan orang itu takkan dapat mengucap Kalimah Shahadat waktu dia mati.

BACA DOA INI UTK HIDUP YG LEBIH BAIK..
Allahumma- inni-ala- zhikrika-wa Shukrika-wa-husni-ibaadatika.
Doa yg hebat telah dihantar kepada anda. Apa yg anda fikir nak buat dgn Doa ini. Bayangkan kalau 1000 org baca doa ini sebab anda. سُبْحَانَاللَّه ِ !!!
Subhanallah!!!

Bangun apabila dengar AZAN, seperti anda bangun apabila dengar lagu NEGARAKU

Bacalah AL-QURAN dengan cermat seperti anda baca nota.

Takut ALLAH, seperti anda takut MATI

Ingatlah MATI, seperti anda ingat NAMA anda.

MATLAMAT HIDUP KITA SEMUA ADALAH KEMATIAN YG BAIK
KHUSNUL KHOOTIMAH

Jom bersihkan hati... hati bersih hidup bahagia..

1. Jgn cari salah orang...Salah sendiri banyak pun kita tak sedar.

2. Jangan hina orang... Allah tak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang... Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Jgn perlekehkan orang...Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Jangan mengata orang...Mana tau masa depan org yg kita kata tu lah yg akan tolong kita dalam kesusahan.

6. Jangan sakitkan hati orang...Doa org yang teraniaya itu makbul.

7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita...Hanya Allah yg tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8. Jangan sombong dengan apa yg kita ada... Allah boleh tarik bila2 masa.

9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita... Allah buatkan rezeki setiap orang itu berbeza.

10. Jangan sedih dengan kekurangan kita... Allah tahu apa yang terbaik utk hambaNya.

Copy paste:
Muhasabah diri sendiri...🌹🌷🌹